| Nama | : Norliza Binti Abd Samad |
| Umur | : 50 tahun |
| Ahli | : 2022 |
Latar belakang
Puan Norliza atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lin merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan suka memasak. Kini, hobi memasak tersebut akhirnya menjadi peluang perniagaan dan sumber kewangan sampingan kepada Kak Lin.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Norliza atau Kak Lin sebelum ini hanyalah menjadikan memasak sebagai rutin harian sahaja. Namun, setelah menyertai program Mahir Masak di NADI, Kak Lin mula mempelajari pelbagai ilmu dan resepi terkini.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Norliza (Kak Lin) telah hadir ke NADI untuk bertanya mengenai cara untuk menyertai program NADI Mahir Masak & Petugas NADI telah memberikan tunjuk ajar secara terperinci kepada beliau cara menyertai Mahir Masak. Kini, Puan Norliza (Kak Lin) sambil memasak & muat naik di status whatsapp & terima tempahan makanan (roti & cookies) daripada komuniti sekitar.
Apa yang dipelajari melalui NADI
- Whatsapp Status
- Facebook Updates
- Canva
