| Nama | : Muhammad Aniq Hafiy Bin Mohd Hafiz |
| Umur | : 14 tahun |
| Ahli | : 2022 |
Latar belakang
Muhammad Aniq Hafiy, pelajar Sekolah Menengah Khir Johari. Aktif dalam penglibatan program di NADI.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Adik Aniq merupakan pelajar sekolah yang sering hadir ke NADI bersama kawan-kawan. Pada awal kehadiran, Aniq menggunakan kemudahan komputer untuk selesaikan tugasan yang diberi oleh guru & menggunakan perkhidmatan percetakan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Minat Aniq dalam penggunaan teknologi maklumat mendorong Aniq untuk sentiasa mengikuti kelas-kelas Kesedaran Kempen Internet Selamat di mana, Aniq dapat mengelakkan terjebak dalam Penipuan Cinta, elak tertipu dengan Berita Palsu menjadikannya lebih berhati-hati semasa menggunakan internet. Antara program yang Aniq sertai adalah seperti Penipuan Cinta, Penipuan Pembelian Dalam Talian dan Berita Palsu. Penglibatan Aniq dalam program yang di anjurkan NADI sangat menggalakkan malah Aniq juga sering membawa ramai di kalangan rakan-rakan sekolahnya untuk sertai program di NADI.
Apa yang dipelajari melalui NADI
- Kempen Kesedaran
- Tiny Techies
- Cybersecurity
- E-Sukan
