| Nama | : Muhammad Hazmi Amin Bin Mohd Hafiz |
| Umur | : 14 tahun |
| Ahli | : 2022 |
Latar belakang
Muhammad Hazmi Amin, pelajar Sekolah Menengah Khir Johari. Aktif dalam penglibatan program di NADI.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Hazmi merupakan pelajar sekolah yang setia hadir ke NADI bersama kawan-kawan. Pada awal kehadiran semasa pembukaan NADI, Hazmi menggunakan kemudahan komputer untuk selesaikan tugasan sekolah sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Penglibatan Hazmi dalam program yang di anjurkan NADI sangat menggalakkan malah Hazmi juga sering membawa ramai di kalangan rakan-rakan sekolahnya untuk sertai program di NADI. Antara program yang Hazmi sertai adalah seperti Tiny Techies sekolah menengah, Cybersecurity dan Kempen Internet Selamat. Minat Hazmi dalam permainan dalam talian mendorong Hazmi untuk sentiasa mengikuti kelas-kelas Kesedaran E-Sukan di mana, Hazmi dapat mempelajari cara untuk menjadi pemain sukan elektronik secara professional dan menjadikannya sebagai kerjaya bukan hanya sebagai hobi sahaja.
Apa yang dipelajari melalui NADI
- E-Sukan
- Tiny Techies
- Cybersecurity
