USAHAWAN PRODUK GUBAHAN BUNGA & BOUQUET COKLAT
| Nama | : Siti Nur Fahana Bt Ali Roslan |
| Umur | : 35 tahun |
| Ahli | : 2022 |
Latar belakang
Puan Siti Nur Fahana merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan suka menggubah bunga. Kini, hobi menggubah bunga tersebut akhirnya menjadi peluang perniagaan dan sumber kewangan sampingan kepada Puan Siti.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Siti Nur Fahana sebelum ini hanyalah menjadikan pembuatan gubahan bunga orkid sebagai hobi sahaja. Namun, setelah menyertai program perniagaan di NADI, Puan Siti sudah mula mendaftarkan perniagaan secara sah di SSM dan sedang mula mencuba untuk berniaga di platform Shopee dan Tiktok Shop.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Siti telah hadir ke NADI untuk bertanya mengenai cara untuk membuat akaun Shopee Seller kerana ingin mencuba berniaga di Platform Shopee. Petugas NADI telah memberikan tunjuk ajar secara terperinci kepada Puan Siti mengenai cara untuk menjual dan tindakan yang harus dilakukan setelah mendapat pesanan di Shopee. Kini, pendapatan Puan Siti telah meningkat kerana Puan Siti berjaya untuk buat pemasaran di pelbagai Platform digital dan aktif hadir ke NADI untuk meminta pendapat dalam meningkatkan lagi jualan.
Apa yang dipelajari melalui NADI
- Shopee
- Whatsapp Business
- Facebook Pages
- Canva
- Tiktok
